Berbaloi ke tak kalau langgan ebay store? Semuanya bergantung kepada satu faktor iaitu yuran ebay.

Dengan adanya ebay store, tidak semestinya jualan anda akan meningkat. Tetapi apa yang anda boleh dapat adalah penjimatan yuran ebay.

Bila masa yang sesuai untuk melanggan ebay store?

1. Apabila anda membuat lebih dari 50 listing ebay

Buat masa ini, untuk listing 50 item yang pertama di ebay.com tiada apa-apa bayaran yang dikenakan dalam kitaran 30 hari. Selepas itu setiap listing akan dikenakan $0.35 USD.

Jika anda ingin membuat 200 listing, 150 akan dikenakan bayaran sebanyak 150 x $0.35 USD = $52.50 USD. Sedangkan jika anda melanggan ebay store basic, bayaran bulanan hanya $27.95 USD.

Untuk ebay store starter anda akan dapat percuma 100 listing dengan bayaran bulanan $7.95 USD, ebay store basic dapat percuma 250 listing dengan bayaran bulanan $27.95 USD manakalan ebay store premium akan dapat percuma 1,000 listing dengan bayaran bulanan $74.95 USD.

Listing yang dimaksudkan adalah fixed price insertions.

2. Anda ingin melanggan Terapeak

Terapeak adalah perisian yang sangat bagus untuk tahu barang yang terjual dengan lebih mendalam di ebay. Jika anda melanggan ebay store, anda akan dapat Terapeak secara percuma. Jimat kan?

Untuk makluman hanya ebay store basic dan keatas yang dapat percuma. Jika anda melanggan ebay store starter, anda masih perlu membayar $19.00 USD sebulan.

3. Boleh aktifkan mod bercuti

Katakan anda ingin bercuti dari menjual di ebay dan pada masa yang sama tidak mahu hentikan jualan di ebay, anda boleh aktikan mod bercuti. Pilihan ini hanya ada jika anda melanggan ebay store.

Jika pembeli ingin membeli barang anda semasa anda bercuti, mereka akan dapat notifikasi yang menyatakan anda sedang bercuti dan hanya akan hantar barang selepas pulang dari bercuti.

Ada banyak lagi sebenarnya kelebihan ebay store. Apa yang penting pastikan anda membuat jualan dahulu baru fikir untuk langgan ebay store. Jika tidak tahu hendak jual apa boleh rujuk Panduan Export Mudah.