Bagi setiap barang yan terjual, ada yang dikenakan cukai oleh pihak ebay. Ada juga yang tidak dikenakan cukai oleh pihak ebay. Ianya bergantung kepada undang-undang di sesebuah negara ataupun negeri di negara itu.

Artikel ini mengupas serba sedikit mengenai cukai yang dikenakan oleh pihak ebay. Cukai yang dimaksudkan disini adalah cukai yang dikenakan oleh pihak ebay terhadap pembeli yang membeli barang anda di ebay.

Jika pembeli yang membeli barang anda tinggal di Australia, mereka akan dikenakan cukai sebanyak 10%. Cukai ini termasuk dengan kos penghantaran. Sebagai penjual anda tidak perlu lakukan apa-apa.

Pihak ebay yang akan kenakan caj tambahan kepada pembeli bagi pihak kerajaan Australia. Anda boleh rujuk gambar dibawah. Barang yang terjual adalah $30.90 AUD dan cukai yang dikenakan ataupun dikutip oleh pihak ebay adalah 10% iaitu $3.09 AUD.

Bagi pembeli yang berasal dari Amerika Syarikat, cukai yang dikenakan tertakluk kepada undang-undang negeri. Ada negeri yang pihak ebay tidak kenakan cukai, ada negeri yang pihak ebay kenakan cukai.

Contoh dibawah merupakan cukai yang dikutip oleh ebay bagi pihak negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat. Barang ini terjual dengan harga $15.90 USD dan cukai yang dikenakan adalah $0.96 USD.

Tiada cukai yang dikenakan pihak ebay untuk pembeli dari Georgia, Amerika Syarikat. Contohnya pembeli membeli dengan harga $89.90 USD, tiada cukai yang dikutip.

Penafian : Pihah rentassempadan.com tidak bertanggungjawab terhadap kesan perundangan yang mungkin dihadapi pembaca dengan mengikuti artikel ini. Sila hubungi pihak yang terlibat bagi mendapatkan nasihat undang-undang.