Untuk akaun ebay baru yang sudah membuat beberapa jualan, anda mungkin hadapi masalah ini. Tidak boleh listing barang baru di ebay. Akan ada paparan seperti dibawah ini.

Penyelesaiannya mudah sahaja. Anda hanya perlu membayar yuran ebay. Itu sahaja. Klik “one time payment” dan buat pembayaran.

Sistem ebay memang begini untuk akaun ebay baru yang sudah ada beberapa barang laku. Anda perlu membayar yuran ebay walaupun belum tiba masanya lagi. Untuk makluman yuran ebay dibayar sebulan sekali.

Jika setiap hari akaun ebay anda laku 3 barang, kebiasaannya anda perlu bayar yuran ebay setiap minggu. Bergantung kepada nilai jualan anda. Semakin banyak nilai jualan anda, semakin cepat anda perlu bayar yuran ebay.

Ini hanya berlaku untuk akaun baru. Selepas akaun anda sudah lama, anda hanya perlu bayar mengikut masanya. Samada pada hujung bulan ataupun awal bulan.