Semalam Tim Export Mudah baru sahaja selesai mengadakan bengkel di Segamat Johor. Macam biasa, peserta dibimbing oleh 3 orang ebayer sepenuh masa ditambah pula dengan 2 orang staf yang menguruskan order ebay setiap hari.

Peserta yang datang kali ini dari Kuala Kangsar Perak, Shah Alam, Semenyih, Pasir Gudang, Ulu Tiram, Johor Bahru, Labis dan juga Batu Pahat Johor.

Setelah kami berkongsi cara-cara untuk mencari produk yang terjual di ebay secara percuma, ada sorang peserta bengkel ini jumpa barang yang sudah terjual dengan potensi keuntungan sebanyak RM500 untuk satu unit. Memang cepat pick up betul peserta ni.

Cuma untuk bagi yang baru hendak menjual di ebay, kami tidak galakkan untuk terus menjual harga yang mahal atas beberapa sebab. Kami ada beritahu beliau sebabnya dalam bengkel.

Selepas habis bengkel pukul 5 petang, ada beberapa peserta yang masih stay lagi untuk berborak dan bertanya dengan lebih lanjut secara personal. Ada satu kisah peserta ini yang boleh dijadikan teladan.

Sorang peserta ini ada memulakan perbualan, aku baru je tersontot RM145,000 sebab tutt… Kemudian perbualan kami lebih kurang dibawah

Peserta A : Aku baru je kena sontot RM145,000

Farhan : Pergh, kaw²

Peserta A : Boleh dapat balik. Setakat ni dah dapat sikit-sikit. Kenal orang tu. Minta dia duit setiap hari. Ni sebab tutt.. la

Farhan : Bro S, ni lebih kurang kes ko la. Tersontot, disontot.

Bro S : Aah. Lebih kurang la. Habis tu nak buat macam mana.

Peserta B : Aku pun kena juga. Dalam RM45,000. Terduduk kejap aku hari tu. Abang aku kena RM150,000. Dia pun terduduk juga.

Peserta A : Tu la. Benda dah jadi. Nak buat macam mana. Tu yang belajar ebay. Untung tengok boleh tahan juga. Yang penting konsisten untung.

Peserta B : Aku hari tu datang bengkel orang lain. Dalam kelas tu memang ramai tersontot sebab tutt… Ada yang beratus dan berjuta kena sontot. Ramai yang datang bengkel tu kena sontot sebab tutt.. Aku masa dengar tu diam je la. Aku ingat aku dah kena banyak sontot rupanya ada lagi yang banyak. Macam segan plak aku nak cerita.

Farhan, Bro Fazley, Bro Asari, Bro S, Peserta A, Peserta B, Peserta C tergelak-gelak

Begitulah roda-roda kehidupan. Yang baik dijadikan teladan. Yang tak baik dijadikan tauladan.

Untuk dapatkan ilmu tentang cara-cara menjual di ebay dengan lebih advance sila klik pautan dibawah