Hari ini genap 3 hari selepas Bengkel Export mudah melabuhkan tirai di Segamat, Johor. Antara momen-momen manis terakam sepanjang Tim kami jalankan Bengkel Export Mudah adalah :

1. Bengkel ‘Full House

Untuk Bengkel kali ini, ramai peserta yang datang dari lembah klang. Ada yang datang dari Bandar Baru Bangi, Ampang, Rawang, Taman Melati. Mereka semua bersemangat datang dari jauh untuk pelajari cara-cara untuk menjual di ebay. Ada juga peserta yang datang dari Johor seperti dari Kluang, Chaah, Labis dan Johor Bahru. Peserta dari Bahau Negeri Sembilan pun ada.

2. Peserta yang sporting

Banyak soalan yang ditanya oleh peserta. Sebelum datang bengkel mereka sudah baca Panduan Export Mudah. Jadi semasa bengkel mereka sudah tahu apa yang hendak ditanya. Soalan biasa yang ditanya oleh peserta adalah barang apa yang hot laughing.

3. Pengalaman 3 orang penjual Ebay sepenuh masa dikongsi

Untuk bengkel 3 orang ebayer akan berkongsi tentang teknik dan strategi. Bukan setakat 3 orang yang uruskan pertanyaan peserta, ada tambahan 2 orang staf yang menguruskan order ebay juga.  Jadi jika ada soalan, peserta bengkel dapat bertanya terus kepada tim Export Mudah.

Untuk bengkel seterusnya akan diadakan pada 20 April 2019 di Segamat Johor. Klik link dibawah untuk mendaftar

>>> Bengkel Export Mudah 

Jika ada sebarang pertanyaan boleh komen dibawah ataupun email kepada admin@exportmudah.com.