Bagaimana Ebay membuat duit adalah dengan mengenakan caj terhadap penjual yang ingin menggunakan platfrom Ebay. Untuk 50 produk pertama yang dijual, Ebay tidak kenakan sebarang caj. 

Untuk produk yang ke 51 dan seterusnya, Ebay akan kenakan caj sebanyak $0.20 USD untuk setiap produk yang kita jual di Ebay. Laku ataupun tidak Ebay tetap akan kenakan caj terhadap penjual. Caj ini dinamakan insertion fee listings.

Untuk mengatasi masalah ini, penjual Ebay melanggan Ebay store. Sebagai contoh bagi mereka yang melanggan Ebay store basic, akan dapat percuma insertion fee listing untuk 250 produk yang dijual di Ebay. Caj bulanan untuk Ebay store basic adalah $27.95 USD dan anda akan dapat menggunakan perisian Terapeak secara percuma.

Secara purata Ebay mengenakan caj sebanyak 10% bagi setiap barang yang terjual di Ebay. Untuk kategori Buku, DVDs dan Muzik caj yang dikenakan adalah 12%. Boleh rujuk di laman ebay disini. Gambar dibawah adalah caj ebay kenakan untuk setiap barang yang terjual pada masa artikel ini ditulis.

Semasa mengira barang yang ingin dijual, pastikan yuran Ebay ini sudah dimasukkan sekali kedalam kos. Dalam Panduan Export Mudah ada menerangkan tentang cara-cara untuk mengira kos. Cara-cara untuk lihat berapa caj yang Ebay selepas barang terjual seperti dibawah

Jika dilihat barang yang terjual berharga $8.90 USD. Caj yang Ebay kenakan adalah 10% iaitu $0.89 USD. Penting untuk tahu kos ini dan ambil kira dalam pengiraan jualan.

Untuk dapatkan ilmu tentang cara-cara menjual di ebay dengan lebih advance sila klik pautan dibawah

Semoga bermanfaat. Jangan lupa klik share cool.