Pos Malaysia menawarkan 2 jenis pos daftar. Satu yang berharga RM4.60 dan satu lagi berharga RM9.60. Untuk barang yang murah biasanya pos daftar RM4.60 digunakan. 

Apa yang membezakan dua jenis pos daftar ini adalah yang berharga RM4.60 hanya boleh dijejak sehingga KLIA sahaja jika menggunakan sistem Pos Malaysia. Manakala jika menggunakan pos daftar RM9.60, sistem Pos Malaysia boleh jejak sehingga pembeli itu terima.

Selepas KLIA, pos daftar ini tidak boleh dijejak lagi dengan menggunakan sistem Pos Malaysia. Tetapi jangan risau, jika anda memasukkan nombor pos daftar ini kedalam sistem Ebay, ianya boleh dijejak sehingga pembeli itu terima. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memasukkan pos daftar kedalam sistem Ebay dan pilih Pos Malaysia.

Selepas itu klik kepada nombor pos daftar dan paparan seterusnya akan keluar seperti dibawah

Mudah kan. Sekarang anda tidak perlu risau untuk menggunakan pos daftar RM4.60. Memang kebanyakkan penjual menggunakan pos daftar RM4.60 untuk barang yang untung tidak banyak. Selepas ini anda sudah boleh mengira berapa potensi keuntungan dengan mengambil kira kos pos daftar RM4.60 ini.