Masalah selling limit merupakan faktor utama yang menyebabkan ramai penjual tidak suka dengan Ebay. Untuk akaun baru Ebay hanya beri kepada penjual 10 produk untuk dijual dengan nilai maximum $500 USD. 

Bagi yang sudah membeli Panduan Export Mudah, mereka sudah berjaya mengatasinya. Walaupun akaun yang mereka buat tidak sampai sebulan tetapi sudah dapat naikkan limit kepada 100 produk dengan nilai maksimum sebanyak RM 8,200.

Untuk lihat berapa baki produk yang boleh dijual perlu masuk ke sini

ebay.com/sh/ovw

Klik Customize

Klik Monthly limit. Kalau anda belum pernah minta naikkan selling limit dari Ebay, paparan untuk Monthly limits tidak akan ada

Sekarang sudah boleh lihat berapa selling limit yang tinggal. Untuk contoh ini, akaun ini telah menjual 11 produk termasuk yang sudah laku dan sedang dijual. Masih ada baki 89 unit produk yang boleh digunalan . Nilai yang sudah terjual dan masih dijual pada masa kini adalah RM 504.33. Baki yang boleh digunakan untuk menjual adalah RM 7,695.67.