Ebay store merupakan salah satu keperluan wajib bagi mereka yang ingin menjana pendapatan secara yang konsisten Ebay. Jika dilihat semua penjual Ebay yang ada banyak transaksi jualan, mereka melanggan Ebay store.

Salah satu kelebihan melanggan Ebay store adalah akan dapat menggunakan perisian Terapeak secara percuma. Untuk 50 produk yang dijual, Ebay tidak mengenakan sebarang caj. 

Selepas barang yang dijual melebihi 50 produk, pihak Ebay mengenakan caj sebanyak $0.20 USD. Dengan melanggan Ebay store, caj ini tidak dikenakan mengikut store yang dipilih dan berapa banyak produk yang dijual.

Cara mudah untuk melanggan Ebay store adalah layari laman ebay.com kemudian

1. Klik anak panah kebawah

2. Klik Account settings

Langkah ketiga adalah klik subsriptions

Klik Choose a Store untuk pilih store mana yang hendak dilanggan

Terdapat banyak pilihan. Untuk mendapatkan Terapeak secara percuma, perlu langgan store Basic, Premium, Anchor ataupun Enterprise. Tips untuk melanggan store adalah mengikut selling limit akaun ebay. Jika produk yang dijual bawah 250 produk, pilih store Basic. Jika produk yang dijual sehingga 1000 produk, pilih store Premium.

6. Pilih samada untuk bayar secara bulanan atupun tahunan. Sudah tentu pembayaran tahunan lebih jimat. Ianya mengikut keperluan dan bajet anda.

7. Masukkan nama kedai 

8. Klik Submit order

Jika keluar paparan seperti dibawah bermakna sudah berjaya melanggan ebay store. Sekarang anda boleh melayari Terapeak secara percuma.