Berita baik untuk mereka yang melanggan ebay store di USA, anda boleh menggunakan persisian Terapeak secara percuma. Sebelum ini ianya merupak perisian yang berbayar. Bagi mereka yang tidak tahu apa itu Terapeak, ianya perisian di dalam talian yang membolehkan pengguna mencari dan mengkaji data mengenai produk yang sudah laku di Ebay.

Pengguna boleh juga mencari produk yang laku di ebay secara percuma menggunakan advanced search, tetapi dengan Terapeak anda boleh melihat gambaran sebenar barang apa yang laku, penjual dari negara mana yang menjual barang itu, berapa jumlah sebenar barang itu laku dan bermacam-macam lagi kelebihan Terapeak. Ianya memberikan kelebihan bagi mereka yang mempunyai Terapeak dan pandai menggunakannya.

Ini merupakan kenyataan yang diambil dari laman Terapeak

Bagi mereka yang sudah melanggan ebay store, ikut cara dibawah untuk menggunakan perisian Terapeak secara percuma. Masuk ke laman Terapeak.com. Klik login

Anda perlu login menggunakan akaun ebay

Klik I Agree

Tahniah. Sudah berjaya dan boleh menggunakan perisian Terapeak secara percuma.

Untuk dapatkan ilmu tentang cara-cara menjual di ebay dengan lebih advance sila klik pautan dibawah