Makanan ringan, “jajan” ataupun Junk Food sangatlah digemari oleh semua golongan tak kira tua atau muda, kanak-kanak atau dewasa, memang makanan yang popular. Banyak jenis makanan ringan yang boleh kita nikmati waktu-waktu sibuk atau waktu-waktu terluang. Antaranya gula-gula, coklat, keropok, bijirin, kekacang dan banyak lagi. 

Makanan ringan juga merupakan salah satu produk makanan yang banyak terjual di Ebay. Dengan hanya menggunakan fungsi advanced search di ebay semasa membuat kajian terdapat macam-macam jenis makanan ringan yang sudah laku oleh penjual Malaysia. Bukannya susah hendak cari. Boleh dikatakan hampir semua contoh yang akan diberikan didalam artikel ini boleh didapati di kedai runcit.

Sebagai contoh disenaraikan beberapa makanan ringan yang telah terjual di Ebay. Mari kita lihat

1. Doublemint

Gula-gula doublemint merupakan salah satu makanan yang banyak terjual di Ebay. Anda boleh lihat gambar di bawah, dengan hasil kajian dan pencarian menggunakan fungsi advanced search di ebay, gula-gula doublemint ada beberapa jenis dan bentuk rekaannya. 

Yang pertama doublemint steel pack iaitu gula-gula dalam bekas tin yang mendapat jualan sebanyak 40 jualan oleh salah seorang daripada penjual Malaysia.

Manakala doublemint yang dibungkus menggunakan botol plastik pula adalah gula-gula getah berangin (chewing gum), mendapat jualan sebanyak 26 jualan daripada penjual Malaysia. 

2. Milo Cube

Jenama Milo adalah jenama yang tidak asing lagi di Malaysia. Tapi jangan tidak tersangka ya, Milo cube sangatlah digemari oleh pembeli-pembeli dari luar negara. Tak percaya? Jom tengok hasil kajian dan pencarian melalui fungsi advanced search di ebay

Sudah 47 terjual Milo cube ini. Banyak kan dah terjual.

3. Horlick Malties

Horlick malties ni merupakan sejenis gula-gula manis yang lebih kurang sama macam Milo cube. Dalam banyak-banyak makanan ringan jenis gula-gula yang mempunyai banyak jualan adalah Horlick Maltise.

Hasil jualannya mencecah 136 sold ya! Tidak sangkakan gula-gula ni rupanya sangat laku terjual di Ebay. Contoh di bawah adalah hasil kajian dan pencarian melalui fungsi advanced search di ebay

Selain daripada gula-gula atau manisan, ada sahaja jenis makanan ringan lain yang terjual di Ebay. Ada di antaranya daripada jenis coklat, bijirin dan keropok kentang. Boleh cari di ebay dengan menggunakan kata kunci Choki Choki, Nestle KitKat, Chocolate Bars Koko Krunch, Tic Tac Mints dan banyak lagi. Memang jenis yang selalu jumpa.

Cuma di sini hanya dipaparkan 3 jenis makanan sahaja untuk dijadikan sebagai panduan memulakan jualan di Ebay. Untuk menjual makanan ringan ini, perlu membuat kajian dan pencarian terlebih dahulu. Hanya perlu menggunakan fungsi advanced search di ebay sudah boleh lihat barang yang terjual. Ianya percuma fungsi fungsi advanced search.

Bagi yang belum pernah berjaya menjual barang di ebay boleh mencuba jual barang ini. Siapa tahu barang ini boleh terjual. Contoh yang diberikan ini memang sudah terbukti terjual.Jadi selamat mencuba ya, jumpa lagi di artikel seterusnya untuk mendapatkan lagi produk-produk yang terjual di Ebay!

Selamat mencuba.