Bagi mereka yang menghadapi kekangan modal untuk memulakan bisnes dengan menggunakan platform di ebay, disini akan diterangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan dengan modal yang paling minima. Ada sesetengah kes tanpa modal langsung. Ianya bergantung kepada sumber yang anda sedia ada miliki.

Langkah pertama

Perlu mempunyai debit kad ataupun kredit kad. Pastikan mempunyai baki RM50 keatas. Sebelum membuka akaun ebay call bank pengeluar kad debit dan meminta mereka membuka sekatan “international purchase”. Sekiranya anda sememangnya sudah ada kad debit dan baki RM50, tiada modal lagi yang diperlukan.

Langkah kedua

Membuka akaun ebay. Ebay adalah platform untuk menjual barang.Ianya mudah seperti membuka akaun gmail. Kemudian buka akaun PayPal. PayPal digunakan untuk menerima pembayaran. Anda akan mendapat emel daripada PayPal sekiranya jualan berjaya dilakukan. Contoh emel adalah seperti dibawah

Ada satu sindrom jika anda baru bermula buat bisnes di ebay iaitu sindrom periksa emel. Ramai yang mengalami sindrom ini untuk periksa samada ada order ataupun tidak. Bangun tidor anda akan periksa ada order ataupun tidak.

Langkah Ketiga

Buat market research barang apa yang hendak dijual. Anda boleh gunakan platform ebay sendiri untuk mencari barang apa yang boleh dijual. Boleh menggunakan fungsi “sold listing” untuk mencari barang apa yang boleh dijual. Contoh digunakan dengan menggunakan keyword “egg” dan salah satu hasilnya adalah seperti dibawah

Sudah ada 3 jualan untuk Kinder Joy ini. Anda boleh buat market research mengikut keyword yang lain dan boleh lihat hasilnya.

Langkah Keempat

Anda boleh listkan barang yang ada potensi untuk laku di ebay. Sekiranya barang yang berpotensi untuk laku sudah ada di rumah anda, tiada modal lagi yang perlu dikeluarkan.

Langkah Kelima

Sekiranya barang anda sudah terjual anda boleh menghantar barang ini menggunakan khidmat Flexipack International dari Pos Malaysia. Pastikan anda sudah menerima emel dari PayPal sebelum menghantar barang. Ada juga penjual ebay yang baru dimana barang yang sudah terjual di ebay tetapi masih belum menerima pembayaran dari PayPal, barang itu dihantar.