Senarai jackpot, durian runtuh ataupun apa sahaja gelarannya ini terjual di marketplace luar negara ini oleh penjual tempatan. Tak selalu dan setiap hari dapat jualan yang besar. Sekali terjual, boleh bayar ansuran bulanan kereta Myvi. Kadang-kadang boleh bayar ansuran bulanan kereta Mazda CX-5.

1. Baju bundle jenama Burberry

Penjual ini berjaya menjual baju ini dengan harga hampir $900 USD termasuk kos penghantaran. Pembeli berasal dari London, United Kingdom. Baju ini dibeli dengan harga RM10 sahaja. Ada kilang yang menjual baju bundle dimana pembeli boleh pilih baju dari guni yang hendak dijual. Dalam satu guni baju bundle itu, pembeli hanya boleh pilih 10 baju sahaja dan setiap baju berharga RM10. 

2.  Barangan tempatan

Boleh juga guna strategi jual barangan secara pukal. Kalau penjual lain jual sikit-sikit, penjual ini menjual dengan kuantiti 20 unit sekaligus. Dan pembeli ini membeli 3 set dimana jumlah keseluruhan hampir $700 USD. Untung sungguh penjual ini dapat jackpot.

3. Barangan yang mudah didapati di Malaysia

Ye betul. Barang ini mudah didapati di Malaysia. Pembeli yang beli secara pukal ni biasanya penjual juga di negara mereka. Perkara ini memang selalu berlaku kerana mereka sudah percaya dengan marketplace yang mereka selalu beli walaupun dengan kuantiti yang banyak dari luar negara.

4. Baju bundle dari band lama USA

Baju ini laku $520 USD termasuk kos penghantaran ke Amerika Syarikat. Penjual ini pun tak ingat beli baju ni dimana. Katanya samada beli di Facebook ataupun mudah.my dengan harga RM200 lebih beberapa tahun lepas. Selepas tak muat baju ni, dijualnya ke maketplace USA dan dapat jackpot. Susah nak dapat baju ni dengan harga RM200 sekarang kerana ramai yang sudah tahu harga sebenar barangan vintage.

5. Repeat buyer 

Pembeli dari Amerika Syarikat ini selalu beli barangan yang sama dengan kuantiti yang banyak. Kebiasannya pembeli ini beli satu unit sahaja iaitu $200 lebih sebulan. Mungkin sebab hendak perayaan Krismas, pembeli ini beli dengan kuantiti yang banyak. Pembeli ini juga penjual di Amerika Syarikat.