Bagi mereka yang mempunyai order yang banyak di ebay dan ingin memudahkan pengurusan order ikuti 5 langkah ini. Bagi mereka yang menggunakan khidmat flexipack international dari Pos Malaysia, cara ini tidak boleh digunakan

1. Semak order anda di website ebay

2. Semak barang mana yang ada stok untuk dihantar

3. Muat turun order di ebay

Pilih order mana yang ada seperti nombor 1 (gambar di atas). Klik download seperti nombor 2 (gambar di atas). Ianya akan di muat turun dalam bentuk fail excel seperti di bawah

Ulangi langkah ini untuk akaun ebay anda yang lain sekiranya mempunyai beberapa akaun ebay.

4. Muat naik fail excel ke portal syarikat kurier

Ubah suai fail excel anda mengikut spesifikasi syarikat kurier yang anda gunakan. Muat naik ke website syarikat kurier dan anda akan dapat shipping label (ataupun tracking label) untuk ditampal kebungkusan anda. Selepas dapat shipping label, boleh kemas kini tracking number di ebay. Untuk makluman syarikat kurier akan beri tutorial untuk menggunakan portal mereka melalui telefon, dan ada juga yang menggunakan perisian teamviewer

5. Tunggu syarikat kurier ambil barang anda.

Ianya sangat mudah selepas beberapa kali anda gunakan. Semakin mudah bungkusan anda, semakin cepat masa yang diambil. Sekiranya anda tidak boleh muat turun order di ebay bermakna anda tidak melanggan store ebay. Digalakkan untuk melanggan store ebay bagi memudahkan pengurusan ebay anda. Jika anda banyak menjual di ebay USA, buat store di ebay USA. Walaupun terdapat bayaran yang dikenakan, anda boleh jimat ebay listing fee dan anda akan dapat beberapa kelebihan berbanding mereka yang tidak melanggan. Salah satu daripadanya adalah muat turun order ke fail excel.