Selain penghantaran di dalam negara, Pos Malaysia juga menawarkan perkhidmatan penghantaran ke luar negara. Penghantaran ke semua negara boleh dilakukan kecuali Israel kerana Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel. Untuk mereka yang ingin mula menjual ke luar negara, Flexipack International sangat sesuai.

kredit imej : https://www.pos.com.my/postal-courier-services/flexipack/?flexipack-international

 

Kelebihan menggunakan Flexipack International

  • Tiada penghantaran minimum. Ada satu order pun boleh hantar
  • Tidak perlu simpan stok flexipack international di rumah
  • Sampul beserta dengan bubble wrap

 

Keburukan menggunakan Flexipack International

  • Perlu beratur di pejabat Pos Malaysia untuk menghantar barang. Tiada khidmat mengambil barang flexipack international dari pejabat atupun rumah
  • Stok flexipack international terhad. Perlu hubungi pejabat pos malaysia yang berhampiran bagi memastikan stok flexipack international ada ataupun tidak
  • Bayaran dikenakan tidak mengikut berat sebenar. Sekiranya berat 110 gram anda perlu bayar harga untuk maximum berat 150 gram
  • Saiz sampul atau kotak tidak flexibel. Sekiranya barang dengan berat 400 gram tetapi tidak muat untuk plastik saiz M, perlu bayar untuk saiz L(sekiranya muat)
  • Tracking number perlu ditaip satu-satu untuk di kemas kini di laman sesawang ataupun marketplace. Kurier lain menawar fail dalam bentuk excel ataupun pdf dimana hanya perlu salin dan tampal
  • Tidak sesuai untuk order yang banyak. Flexipack international tidak menawarkan pengurusan sistem order dalam bentuk fail excel