Grailed adalah salah satu marketplace berpangkalan di New York USA untuk menjual barangan berjenama baru dan vintage. Kebiasaannya barang yang sama ataupun lebih kurang sama laku di grailed lebih mahal harganya daripada barang yang laku di laman web etsy mahupun ebay. Di grailed anda boleh lihat barang yang laku dengan memasukkan kata kuci barang yang anda inginkan di grailed.com/sold

Disini anda boleh buat kajian barang apa yang boleh dicari untuk dijual. Grailed hanya ada applikasi di telefon pintar Iphone sahaja buat masa ini.Di grailed anda tidak dikenakan had jualan ataupun lebih dikenali sebagai selling limit bagi penjual baru. Kena pastikan barang yang dijual itu ada barang yang tulen dan bukannya barang tiruan ataupun replika.

Bakal pembeli boleh membuat tawaran. Sekiranya barangan yang dijual $120 USD termasuk penghantaran, bakal pembeli boleh membuat tawaran $75 ataupun berapa nilai yang dirasakan berpatutan bagi bakal pembeli. Selepas anda terima tawaran, bakal pembeli boleh buat pilihan samada hendak membelinya ataupun tidak. Agak malang bagi penjual kerana terdapat ramai suka-suka membuat tawaran ataupun lebih dikenali sebagai joy bidder . Pihak grailed tidak mengenakan apa-apa tindakan kepada bakal joy bidder buat masa ini.

Cara penerimaan pembayaran adalah melalui PayPal. Setiap transaksi barangan yang berjaya dijual, pihak Paypal akan menolak terus komisyen grailed dan Paypal.