Barang yang dijual di luar negara seperti Amerika Syarikat ataupun United Kingdom seperti di amazon ada kalanya lebih murah daripada pasaran Malaysia. Bagi peminat barangan vintage  pula barang yang dijual di luar negara rare dan tidak dijumpai di Malaysia. Dan bagi memburukkan lagi keadaan, penjual di luar negara tidak membuat penghantaran ke Malaysia atas beberapa faktor seperti tidak mahu berurusan dengan kastam ataupun takut ditipu oleh pembeli.

Disini kegunaan shop and ship. Setelah mendaftar di https://www.shopandship.com/en/signup/profile dengan bayaran $45 USD untuk akaun asas, anda akan dapat alamat di 24 bandar utama di dunia. Sebagai contoh alamat di bawah

Name : Farhan Ahmad
Address Line 1: 007 150th Avenue
Address Line2 : KUL 007
City : Springfield Gardens
State : NY
Zip Code : 11413
Tel : 718-553-8007

Semasa membuat pembelian masukkan alamat di negara berkenaan. Jika membeli barang di Amerika Syarikat, masukkan alamat seperti di atas. Jika membeli barang di Jerman, masukkan alamat Jerman seperti yang tertera didalam akaun anda. Apabila barang anda sampai ke pejabat shop and ship di negara berkenaan, pihak shop and ship akan buka dan timbang berat kemudian sediakan dokumen untuk mengeksport barang ini kepada anda.

Sementara barang ini dihantar kepada anda, pembayaran boleh dilakukan samada di laman sesawang shop and ship ataupun applikasi telefon pintar. Pada masa artikel ini diterbitkan, bayaran daripada Amerika Syarikat ke Malaysia adalah RM45 untuk setengah kilogram dan RM60 untuk sekilogram.

Kebiasaannya ia mengambil masa dalam 4 hingga 6 hari bekerja (tertakluk kepada pelepasan kastam) untuk sampai ke alamat anda. Nilai barangan yang tidak dikenakan cukai adalah RM500 ataupun dikenali sebagai de minimis value.

Peringatan kepada yang ingin membeli belah di luar negara, ada barangan yang tak boleh di hantar oleh pihak shop and ship. Pernah beli drone dari amazon dan malangnya ianya adalah barang terlarang. Pihak shop and ship bagi dua pilihan samada untuk menghantar balik kepada penjual (sudah tentu ada bayaran) ataupun untuk menghapuskannya. Sila hubungi pihak shop and ship melalui email ataupun facebook messenger untuk mendapatkan kepastian.