Bermula 1 Julai 2018, Cukai Barangan dan perkhidmatan (GST) Australia akan dikenakan terhadap penduduk Australia yang mengimport barang dari luar Australia. Antara syarat-syarat yang dikenakan adalah

  • barang yang dijual terletak di luar Australia
  • alamat barang yang hendak di hantar berada di Australia
  • Nilai barangan adalah kurang atau bersamaan dengan AU $1,000 

Untuk platform ebay, GST ini akan dikutip oleh pihak ebay. Katakan barang yang dijual adalah AU $43.90 , pembeli warga Australia perlu membayar tambahan 10% iaitu AU $4.39. Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh pembeli Australia adalah AU $48.29.

Persoalannya bagaimana pihak kastam Australia tahu bahawa barang yang sampai di Australia sudah dibayar GST? Persoalan ini dinyatakan kepada salah sebuat syarikat kurier dan ini jawapan beliau

“Apabila anda masukkan tracking number di ebay, tracking number ini akan di update pada system kastam Australia. Setibanya barang anda di Australia, pihak kastam tahu bahawa barang ini sudah dibayar GST”

Barang yang terjual di website sendiri ataupun website yang tidak mengenakan GST, pembeli dari Australia tetap perlu bayar GST setibanya barang yang terjual di Australia. Perkara ini perlu diberitahu kepada pembeli bagi mengelakkan salah faham dikemudian hari. Ada juga syarikat kurrier yang menawarkan pihak penjual membayar GST bagi pihak pembeli untuk melancarkan proses penghantaran.

Untuk maklumat yang lebih terperinci boleh lawati laman sesawang kastam Australia